* Rancang jadual seharian agar dapat rehat secukupnya
* Elakkan berjalan jauh atau membawa barang-barang berat
* Elakkan terdedah pada cuaca yang panas kerana ini akan mempercepatkan dehidrasi
* Kurangkan kerja-kerja rumah yang berat dan minta tolong suami untuk melakukannya
* Elakkan membuang masa dengan memperbanyakkan bacaan al-Quran
Monday, August 22, 2011
Cara-cara untuk mengelakkan keletihan ketika berpuasa untuk wanita hamil
Posted by rozane_anma at 6:25 PM 0 comments
Sunday, August 21, 2011
Hari tak selalunya indah, ada hari yg bahagia, dan ada hari yg menyedihkan..dan aku percaya setiap rasa itu ada hikmah disebaliknya..biarkan separuh rasa itu hanya tersemat kemas di hati, separuh lagi dihembuskan ke udara bagi mententeramkan jiwa...laungkan cinta, agungkan Dia, dambakan si dia, lemas dalam rindu kasih dan cinta...tiada kata...mampu menggambarkan seperti dulu...tatkala hati bnr ingin dimiliki dan membenci, hanya ikatan pautan hati, ingatkan kenangan bsama, serta pengorbanan bsama...terubat sedikit kepiluan serta kelukaan...berdiam adalah jalan bagi masa ini...
Posted by rozane_anma at 4:50 PM 0 comments
Thursday, August 18, 2011
Hargai Isteri
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu…
Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi,
dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya .
Wahai suami2…
jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu
sepanjang hidupmu,
disaat kau terperuk terlalu dalam.
Wahai suami2…
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya…
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu,
saat dia menangis keranamu…
Lihatlah jauh kedalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKITnya
yang disebabkan perbuatanmu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN…
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya…
PELUKAN dan CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN
bagi kamu dan anak2mu…
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa…
Dia TERHARU dan MENANGIS
bila melihat KESENGSARAAN pada org2 yg dikasihinya…
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya…
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN…
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 perkara.
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”.
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yang solehah
dan sebarkan ini kepada seluruh SUAMI2 yang kamu kenal
agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka begitu BERHARGA.
dan sesungguhnya isteri mu sangat BERHARGA.
Jangan sia-sia kan dia.
Hiburkan hatinya.
Bahagiakan dia.
InsyaAllah, rumahtangga mu akan
Posted by rozane_anma at 1:02 AM 0 comments
Hargailah penat lelah isteri bekerja
SUAMI tidak sahaja mengharapkan layanan terbaik daripada isteri . Sebagai lelaki yang juga pemimpin rumah tangga , perlulah bersedia menghargai penat lelah isteri . Begitu juga dengan pengorbanan para isteri ,sentiasa kena ingat dan bersyukur kepadaNya dianugerahi isteri yang baik .
Kepada suami dan bakal isteri , pertimbangkan petua yang dibekalkan ini . Mudah-mudahan , ia berguna dan memberi cahaya kebahagiaan di dalam rumah tangga .
* Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri terutama isteri yang bekerja.Seelok-eloknya bahagikan sama rata,isteri bayar bil air ,suami bayar bil elektrik
* Bila isteri bercakap,pandang mukanya dan dengar dengan teliti
* Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda
* Jangan memaksa isteri melakukan seks jika keletihan atau tiada keinginan
* Kalau pasangan sudah mempunyai anak,sama-samalah menjaga anak.
* Jangan sekali-kali tersandar depan tv atau relak macam bos besar sedangkan isteri apabila balik dari kerja terus kedapur memasak,mengemas ,membasuh dan sebagainya
* Sekiranya suami makan dulu,tinggalkan lauk untuk isteri.Jangan apabila sampai giliran isteri yang tinggal hanya ekor ikan,janggut sotong atau ekor taugeh
* Kalau mahu pelawa kawan datang bertandang maklumkan kepada isteri terlebih dahulu.Kalau boleh awal supaya isteri dapat menyediakan makanan dan mengemas rumah
* Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya .Bagi wanita hal ini sangat sensitif
* Hormat keluarga , perasaan ibubapa isteri anda.Jangan sekali-kali memburukkan isteri anda di hadapan ibu bapanya walupun secara bergurau
Posted by rozane_anma at 12:57 AM 0 comments
Suami dan Isteri yang bekerja
Satu perkara yang memang telah diketahui umum malah oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah mereka yang bertanyakan soalan ini bahawa seorang suami adalah wajib menanggung segala perbelanjaan isterinya walaupun isterinya bekerja. Masalahnya ialah mereka yang mengetahui kebenaran ini enggan menerima kebenaran tersebut dan mangsanya adalah para isteri yang mengajukan soalan sebegini walaupun jawapannya telah mereka tahu dan hanya inginkan satu kepastian.
Islam malah agama lain juga menetapkan bahawa suami adalah sebagai ketua keluarga. Apabila disebut sebagai ketua maka jelas sudah bahawa seorang suami bertanggungjawab atas segalanya. Makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan segala yang terangkum sebagai satu keperluan bagi isteri dan juga satu perkara sampingan tetapi menjadi perkara utama apabila dilakukan demi suami tercinta seperti rawatan kecantikan dan solekan.
Malahan, sekiranya suami seorang yang mampu tetapi masih mengizinkan isterinya bekerja, suami sewajarnya menanggung segala kos ulang alik si isteri ketika bekerja. Segala pendapatan isteri pula adalah hak mutlak si isteri dan suami sekiranya berkehendakkan hasil pendapatan isteri bagi membantunya menanggung perbelanjaan rumah tangga, adalah dikira sebagai berhutang dengan si isteri. Cuma demi kerukunan rumah tangga malahan di dalam era globalisasi dan ketamadunan yang kian mencabar ini, memang satu bonus dan satu keperluan bagi sesetangah individu untuk si isteri bekerja bagi membantu meringankan tanggungan suami.
Membantu meringankan bebanan dan tanggungan suami bukan bererti suami terlepas daripada tanggungjawab. Bagi seorang lelaki yang betul-betul ada harga diri, beliau akan berusaha dengan sedaya upata bagi memenuhi segala keperluan isteri, anak-anak dan keperluan rumah tangga tanpa mengharapkan hasil pendapatan isteri.
Ingat lagi kisah seorang suami yang sanggup melakukan kerja sampingan bagi menyara
keluarga walaupun isterinya bekerja. Inilah lelaki sejati yang menghargai isteri.
Namun, berapa ramai lelaki yang sanggup melakukan sedemikian. Kebanyakkan lelaki sekarang ini, duit aku duit aku, duit isteri pun duit aku juga sebab aku ni suami, isteri kene ikut kata aku. Hmmmm.. memang boleh punah kebahagiaan rumah tangga individu sebegini.
Menyebut tentang hasil pendapatan isteri, ingin diingatkan para isteri yang bekerja, memang tak salah kita membantu meringankan beban suami tetapi jangan terlalu membiasakan suami kita dibantu sewenangnya. Hasil pendapatan kita adalah hak kita yang mutlak. Kita bebas membelanjakannya sewenangnya hatta nak beli barang kemas selori pun adalah tidak salah.
Cuma, secara logiknya, sudah tentulah kita ingin membantu suami kerana suami adalah insan yang kita cintai. Seperti yang ditegaskan, tidak salah membantu tetapi ada batasan. Walaupun tidak semua tetapi kebanyakkanya para suami yang sentiasa ditolong ini akan mudah lupa diri. Rasa bebas bernafas sikit, terus segala tugas yang patutnya dipikul oleh suami telah diserah bulat-bulat kepada isteri.
Suami pula, mula pasang strategi nak tubuh “cawangan” terkini. Satu perkara lagi, ingin diingatkan kepada para isteri, jangan sesekali menyerahkan segala hasil pendapatan kita kepada suami. Pendapatan kita itu adalah hak kita sepenuhnya.
Sekiranya ingin membantu, berikan sekadar yang perlu sahaja. Biasakan juga menyimpan segala resit perbelanjaan yang kita keluarkan bagi membantu suami menguruskan rumahtangga. Sebabnya, kita tidak tahu apa yang bakal terjadi di belakang hari. Bukan meminta atau mendoakan tetapi tidak salah kita bersedia menghadapi segala kemungkinan.
Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Mungkin kita yakin kasih suami sepanjang hayat tetapi dalam sesaat,segalanya boleh berubah. Kebahagiaan 25 tahun hidup bersama boleh musnah sekelip mata hanya apabila wujud insan ketiga. Ini yang terjadi kepada seorang isteri. Setelah 25 tahun berkongsi dan berkorban segala, akhirnya beliau ditinggalkan sendiri bersama hati yang lara. Hanya anak-anak pengubat duka. Sesal dah tak berguna. Berbanding seorang kawan yang telah beringat-ingat sejak awal, hampir segala lelahnya dibayar apabila segala bukti pengorbananya yang tidak dihargai suami dikemukakan kepada pihak mahkamah. Lantas, beringatlah jangan dah terhantuk baru nak tergadah.
Posted by rozane_anma at 12:04 AM 0 comments
Wednesday, August 17, 2011
W.A.N.I.T.A
Wanita..
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan".
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak- anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."
Posted by rozane_anma at 11:54 PM 0 comments
Tuesday, August 16, 2011
My first trial of doing Biscuit for Raya~~Biskut Oreo
Biskut tengah dalam proses, harap menjadi pasni boleh upload dalam blog!!
Posted by rozane_anma at 9:04 PM 0 comments
Dilema Forex
Wujudkah penindasan ke atas peserta forex seperti yang diwar-warkan dalam harian metro beberapa hari yg lepas?Setuju sekiranya kerajaan mengambil langkah larangan ke atas aktiviti tersebut bagi memastikan masyarakat tidak terjebak dengan aktiviti kewangan yang tidak sihat.Ini menimbulkan banyak kesan negatif dan masalah dalam rumahtangga, keluarga jika gagal menangani situasi dengan berkesan.
Posted by rozane_anma at 6:30 PM 0 comments
Wednesday, August 10, 2011
Kebahagian yang dicari
Kebahagian yg kucari selama ini seolah2 ada dhadapan mata tetapi tangan tak kesampaian..haruskah aku berlari dan terus berlari..hatiku luka dalam mengejar dengan kaki yang luka...banyak duri dan rintangan nya..tapi ku terus tabahkan diri...menghadapi semua ini....Ya Allah, berikan lah kekuatan dihati ini..
Posted by rozane_anma at 6:12 PM 0 comments




